Hadis Pertama
TAQWA & PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
maksud hadis : " Daripada Abi Najih Al-'Arbadh bin Sariah r.a berkata : telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggeletar dan menakutkan hati kami sehingga menitis air mata kami ketika mendengarnya. Lalu kami berkata : Wahai Rasulullah! seolah2nya inilah nasihat yang terakhir sekali. maka dengan itu, berilah nasihat kepada kami. Lalu beginda bersabda : Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin sekalipun yang memimpin kamu itu hanyalah seorang hamba. sesungguhnya setiap kamu yang dipanjangkan umurnya pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' Ar -Rasyidin ( khalifah yang mengetahui kebenaran da mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah2 itu dengan gigi garham dan jauhilah perkara yang baharu ( bidaah) yang diada2kan, kerana sesungguhnya tiap2 bidaah itu adalah sesat."
hadis riwayat Abu Daud & at - Tirmizi
KETERANGAN:
Hadis ini mengandungi pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w untuk ummatnya terutamanya apabila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau, huru hara dan pelbagai perselisihan. ini bertepatan dengan zaman yang kita hadapi kini. oleh itu, jika kita ingin hidup dengan selamat, maka hendalah kita mengikuti segala nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w iaitu:
1. Hendaklah melazimi taqwa kepada Allah walau apa jua keadaan iaitu dengan mngerjakan segala perintah-Nya dan menajauhi larangan-Nya.
2. Mentaati pemimpin walaupun pemimpin itu daripada kalangan hamba selagi mana pemimpin itu masih berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana patuh kepada pemimpin yang memiliki sifat sedemikian beerti kita patuh kepada al - Quran dan Sunnah.
3. Berpegang teguh kepada Sunnah nabi dan Sunnah Khulafa' Ar - Rasyidin ( Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali r.a ) yang mana mereka itu telah mendapat petunjuk daripada Allah swt.
4. menjauhi perkara2 bidaah yang sesat iaitu apa jua fahaman atau amalan yang ditambahkan kepada agama Islam yang sempurna ini pada hal perkara tersebut tidak terdapat dalil dan contoh yang dapat menjadi bukti bahwa perkara tersebut ada di dalam agama. sekiranya ada dalil, perkara tersebut tidaklah dikatakan bidaah menurut pengertian syara' ( bukan bidaah yang sesat) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian bahasa sahaja iaitu bidaah yang baik.
Hadis Kedua
KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Maksud Hadis : " Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsyin , isteri Rasulullah saw. berkatalah beliau : pada suatu hari Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda ( لاإله إلا الله ) celaka ( binasa ) bagi bangsa arab daripada kejahatan ( malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Dan baginda menemukan hujung ibu jari yang disebelahnya ( jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan... saya ( Zainab binti Jahsyin) lalu bertanya : wahai Rasulullah! apakah kami akan binasa sedangkan dalam kalangan kami masih ada orang2 yang soleh?. Lalu nabi saw bersabda : Ya, jikalau kejahatan terlalu banyak."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
KETERANGAN:
Hadis diatas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banayk kejahatan, kemungkaran, kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. ini beerti bukan lah orang yang melakukan kejahatan sahaja yang akan binasa tetapi mereka yang beramal solah juga akan dibinasakan walaupun di hari Qiamat masing2 akan diperhitungkan mengikut amalan2 yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala bentuk kemungkaran dan kefasikan yang berlaku hendaklah dibasmi dan segala maksiat itu juga perlulah dimusnahkan dengan segera supaya tidak terjadi malapetaka yang akan menimpa semua penduduk yang menghuni di kawasan tersebut tidak kira sama ada mereka yang melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan.
Dalam hadis di atas juga, disebutkan bangsa Arab. Ini disebabkan nabi datang daripada bangsa arab dan permulaan mereka yang menerima ISlam juga terdiri daripada golongan yang berbangsa arab. Namun begitu, bukanlah ia ditujukan atau dikhususkan kepada bangsa arab sahaja tetapi ia juga ditujukan kepada bangsa2 yang lain iaitu seluruh penduduk di dunia ini.
Kemudian Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada dua bangsa yang datang daripada keturunan nabi Adam a.s yang dahulunya banyak membuat kerosakan di muka bumi ini. Lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh ZulQarnain dan pengikut2nya dengan campuran besi dan tembaga. Maka dengan itu, mereka ( Yakjuj & Makjuj ) tidak dapat keluar sehinggalah tiba hari Qiamat. pada masa itu, dinding yang kuat itu aka hancur dan keluar lah dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di muka bumi ini. apanila ianya terjadi, ini menunjukkan bahawa hari Qiamat sudah hampir tiba.
Hadis Ketiga
SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Maksud Hadis : " Daripada Thauban r.a berkata : Rasulullah saw telah bersabda : hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka, salah seorang sahabat bertanya: apakah disebabkan kerana kami sedikit pada hari itu?. Nabi saw menjawab : bahkan kamu pada hari itu banyak ( ramai ) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah swt akan mencabut rasa gerun dari hati musuh2 kamu terhadap kamu, dan Allah swt akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit " wahn". Seorang sahabat bertanya : apakah " wahn" itu wahai Rasulullah?. Nabi menjawab : Cinta akan dunia dan takut mati."
Hadis Riwayat Abu Daud.
KETERANGAN
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. keadaan umat Islam kini menggambarkan kebenaran apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. walaupun umat Islam kini dilihat begitu ramai bilangannya ( hampir 1/5 daripda penduduk dunia ) tetapi mereka selalu dipersenda dan dipermainkan oleh bangsa2 lain. Mereka ditindas, disakiti, dihina dan sebagainya sedangkan bangsa dari seluruh dunia yang lain walaupun berlainan agama tetapi mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam agar umat islam menjadi lemah dan lenyap di dunia ini.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin bukan berpunca daripada pihak lain tetapi ia adalah berpunca daripada umat Islam sendiri. ini terutamanya apabila penyakit "wahn" yang merupakan penyakit campuran daripada dua unsur yang selalu wujud secara kembar atau serentak iaitu " cinta dunia" dan " takutkan mati ". kedua2 penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia iaitu tamak, rakus, bakhil, dan tidak mahu mendermakan hartanya ke jalan Allah dan lebih suka hidup bersenang2 tanpa memikir dan membantu orang yang dalam kesusahan, dan suka berfoya - foya dalam hidup. Takut Mati pula ialah leka degan kehidupan dunia dan langsung tidak membuat persiapan untuk mengahdapi kematian dan hari akhirat serta langsung tidak ada perasaan dalam dirinya untuk berjuang dalam mempertahankan agama Allah swt.
HAdis Keempat
Maksud Hadis : " Daripada Abdullah bin Amru bin al - As r.a berkata : aku mendengar Rasulullah saw bersabda : bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan ) ilmu itu dengan cara mengilangkannya dari dada manusia tetapi Allah swt menghilangkannya dengan cara mematikan para ulama' sehingga tidak ada seorang pun ulama'. maka mengambil atau memilih lah orang ramai akan orang2 jahil sebagai pemimpin mereka. MAka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka kaan memberi fatwa tanpa berdasarkan ilmu. Maka mereka itu adalah sesat dan menyesatkan orang lain."
Hadis Riwayat Muslim
KETERANGAN
Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw yang menyatakan bahawa Allah tidak megilangkan ilmu dari manusia dengan cara menghapuskannya dari dada manusia tetapi dengan cara mematikan ulama'. Lihatlah sekarang ini para ulama' sudah berkurangan. seorang demi seorang pergi meninggalkan dunia yang fana yang penuh dengan ranjau ini dan tinggallah manusia yang dilabelkan sebagai " manusia jahil" di dunia ini. Dalam peapatah Melayu ada menyatakan bahawa " patah tumbuh hilang berganti", namun begitu kata2 ini tidak tepat dengan apa yang berlaku pada para ulama' kini. Mereka memang patah dan hilang tetapi tidak tumbuh dan berganti lagi. jika tumbuh dan berganti pun bukan lah seperti yang diingini tetapi adalah sebaliknya. Akan tibalah suatu masa nanti yang mana permukaan bumi ini akan sunyi dan lengang daripada wujudya para ulama'. Maka pada masa itu, tidak beerti lagi kita hidup di dunia ini. kerana tidak ada lagi mereka yang benar2 arif dalam mengajar dan membawa kita kepada kebenaran dan menolak kebatilan. yang wujud hanyalah ulama' yang akan membawa kita ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan kebatilan dan jauh daripada jalan kebenaran. ini kerana mereka itu tidak mempunyai ilmu dan sudah tentu segala fatwa yang dikeluarkan itu hanyalah berpandukan pemikiran mereka semata2 tanpa petunjuk dan ilmu yang sah dan benar. Maka, mereka itu adalah sesat dan juga akan menyesatkan orang lain.
Kini, kita dapat melihat gejala2 yang menunjukkan hampirnya zaman yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalan sabda baginda itu. Di mana bilangan para ulama' hanya tinggal beberapa orang sahaja dan usaha untuk melahirkan para ulama' yang begitu mahir dalam bidang agama khusunya pula langsung tidak diberi perhatian. Ini dapat dilihat apabila pondok2 dan sekolah2 agama kurang mendapat perhatian ramai dan pelajar yang belajar di sekolah agama sering diperlekehkan. Antaranya seperti, dengan memilih untuk belajar agama tidak akan dapat menjamin kehidupan kerana tidak boleh mendapat pekerjaan yang hebat berbanding mereka yang memilih untuk belajar dalam bidang ekademik seperti sains dan sebagainya. Sebenarnya, ini adalah tanggapan orang yang bodoh. mereka bodoh dan sombong dalam memikirkan siapa penentu dan pemberi rezqi kepada makhluk yang ada di bumi ini. hakikatnya, tidak kiralah apa jua bidang apa yang kita ceburi, segala rezqi semuanya adalah ketentuan Allah. sedarlah, mereka lebih mengutamakan pengajian2 di bidang yang melibatkan urusan keduniaan semata2 kerana mereka terlalu memikirkan harta benda yang mereka akan perolah tanpa memikirkan bekalan yang sepatutnya mereka bekal untuk di akhirat kelak. inilah senario masyarakat kita pada hari ini. wahai insan natiq, sedarlah.... dengan adanya ilmu agama, ia sudah tentu menjamin kita kebahagiaan dunia dan akhirat. " اجتهد ولا تكسل فالندامة لمن يتكاسل". Carilah ilmu, ianya akan menerangi mu...