Ahad, 6 Disember 2009

Jalan Menuju Kebahagiaan


1. ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda kan melayang ke manan- mana. seterusnya, semua urusan anda kan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak dan memeningkan.
inilah makna sabda Rasulullah s.a.w :
" bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari.
bila engkau berada pada petang hari, janglah menunggu datangnya waktu pagi"

2. lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.

3. jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sbb ia masih berada di alam ghaib. jangan fikirkan sehingga ia datang dengan sendirinya.

4. jangan mudah tergoncang oleh kritikan. teguhkan pendirian anda dalam mengahadapinya. sedarlah, bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. barangsiapa yang menginginkan ketenangan dan kesenangan, perbanyakanlah berzikir kepada Allah

7. setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu adalah berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar Allah.

8. jangan menunggu ucapan terima kasih daripada seseorang.

9. persiapkan diri anda untuk menerima sebarang kemungkinan yang buruk.

10. kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya pada diri anda.

11. semua ketentuan Allah bagi seseorang muslim sudah tentu ada hikmahnya.

12. berfikirlah tentang nikmat dan bersukurlah

13. percayalah bahawa apa yang anda miliki, jauh lebih banyak daripada apa yang dimilki oleh orang lain.

14. ingatlah, dari semasa ke semasa selalu jer ada jalan keluar.

15. dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa dan mengingati-Nya.

16. musibah itu akan menajamkan hati dan menguatkan nurani.

17. sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.

18. jangan hancurkan hidup anda hanya kerana benda2 yang remah - temah.

19. sesungguhnya Allah itu MAHA LUAS PENGETAHUANNYA.

20. JANGAN MARAH, JANGAN MARAH, JANGAN MARAH.

21. jangan risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia. sedarlah... sebab hidup ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air, dan bayangan.

22. ( dan di langit terdapat ( sebab2) rezqimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu) surah Adz- Dzariyat : 22

23. kebanyakan apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24. pada orang2 yang ditimpa musibah itu ada suri teladan.

25. sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum. maka, Dia akan memberi cubaan ke atas mereka.

26. ulangilah doa2 untuk menghapuskan bencana.

27. anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkan kekosongan dan pengangguran.

28. tinggalkan semua desas - desus dan jangan percaya kepada khabar angin.

29. kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan memabahaykan kesihatan anda sendiri iaitu lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.

30. setiap musibah yang melanda diri anda ialah penghapus dosa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan