DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH
LAGI
MAHA PENYAYANG.....
ketahuilah.....
sesungguhnya telalu banyak nikmat Allah
yang telah diberikan
dianugerahkan
dikurniakan
kepada kita sebagai makhluk tuhan
yang bergelar INSAN
yang diberi akal fikiran
dan dikayakan dengan...
ilmu pengetahuan
yang seluas lautan
menggunung ketinggian
tak terkira jika ia menjadi kiraan
dengan...
satu tujuan
satu harapan
apakah yang dimaksudkan?
ialah memikirkan
tentang KESYUKURAN.....
wahai makhluk yang bergelar INSAN
adakah engkau memikirkan
dan melahirkan nikmat kesyukuran
melalui nikmat kejadian
dirimu yang dihasilkan dengan sebaik2
kejadian
mata diberi kuasa penglihatan
telinga meransang sebarang pendengaran
lidah mampu mengungkap sebarang pengucapan
mampu merasa setiap kemanisan, kepahitan...
hidung berqudrat meneroka sebarang bauan
hatta...
kulit yang dilihat pada zahirnya lemah tanpa sebarang kekuatan...
juga mampu melahirkan tindak balas yang berkesan
atas sebarang kesakitan yang di rasakan
nahhhhhhhhh...
lihat lah keajaiban Tuhan
yang kejadiannya tiada kecacatan
malah
dipenuhi dengan hikmah yang
terselit sejuta kenikmatan dan tujuan
yang hanya mampu difirkirkan dan dirasakan
oleh insan yang berbekalkan akal
yang mempraktikkanya dengan penuh
kebijaksanaan
sehingga
melahirkan rasa kenikmatan
dan kesyukuran
itulah sebaik - baik insan yang memiliki
kesempurnaan akal fikiran
yang mampu mentafsirkan
nilai kesyukuran
pada setiap nikmat yang diberikan
wahai insan..
bagaimana kamu menzahirkan
nilai kesyukuran
adakah hanya sekadar
mengucapkan kalimah kesyukuran
dibibir semata - mata
tanpa di hati dan perbuatan???????
itu adalah salah
wahai INSAN
yang juga digelar " Haiwan Natiq"
merupakan perumpamaan dalam ilmu mantiq
oleh itu...
bagaimana nilai kesyukuran itu perlu dipraktik?????
sedarlah...
hakikat iman
terbahagi kepaada tiga bahagian
hati membenarkan
lidah mengucapkan
anggota badan ( perbuatan) melaksanakan
melakukan...
tiga perkara inilah juga
yang perlu dizahirkan jika hendak
menzahirkan nilai kesyukuran
hati membenarkan dan melahirkan keinsafan
dan kesyukuran
setiap nikmat yang diberikan
lidah tidak kering melafazkan kalimah
yang melambangkan kesyukuran
" SUBHANALLAH"
"ALHAMDULILLAH"
" ALLAHU AKBAR"
tiga ungkapan yang pendek
dan dipandang mudah
sedarkah Kita?????
ia penuh bermakna
tersirat sejuta hikmah
menjanjikan segunung pahala...
namun begitu.
ingatlah insan...
perlulah kita menggunakan nikmat yang diberikan
kearah kebaikan
bukanlah ke arah kefasidan
yang merugikan...
jika diberi mata...
lihat lah perkara hasanah
bukanlah perkara saiyyiah
itulah cara mengaplikasikan
nilai kesyukuran
melalui perbuatan...
herm...
sama2 lar kita melahirkan
rasa kesyukuran
di atas pemberian tuhan
yang MAHA ESA
FIKIRKANLAH....
tentang segala nikmat dan kurniaan Allah
yang MAHA BESAR, MAHA PEMURAH
DAN MAHA PENYAYANG
lalu bersykurlah kepada-Nya atas semua nikmat itu
dan sedarilah bahawa kita benar - benar telah bergelimang
dengan pemberian-Nya
Allah berfirman
" ... dan jika kamu menghitung - hitung nikmat Allah,
nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya....."
surah Ibrahim : 34
" ... dan menyempurnakan untukmu nikmat-NYa zahir dan batin..."
surah Luqman : 20
" dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu,
maka dari Allah lah datangnya..."
surah An - Nahl : 53
Allah menegaskan betapa besarnya kenikmatan yang telah Dia berikan kepada makhluknya yang digelar " Haiwan Natiq" itu.
buktinya ia telah dilakarkan dalam firman-Nya
dalam surah Al - Balad ayat 8 - 10
" Bukankh telah Kami berikan kepadanya kedua mata, lidah dan dua bibir.
dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan."
sesunguhnya sedarlah kita...
masih terdapat banyak kenikmatan yang terus mengalir
dalam kehidupan kita...
lihatlah betapa pemurahnya DIA
Allah yang Esa
itulah Tuhan kita yang
MAHA PEMURAH
tidak langsung berkira dengan
hamba-NYa
terutamaya kepada mereka yang
suka meminta - minta kepada-Nya...
oleh itu, jika mahukan
nikmat itu terus mengalir
deras selaju ombak yang memecah pantai
setenang air sungai yang mengalir
seluas air laut yang luas terbentang
janganlah kita membongkakkan diri kita
untuk melahirkan rasa kesyukuran
janganlah menyombongkan diri kita
untuk meminta kepadanya
sesungguhnya
Allah tidak pernah jemu dengan
rayuan hamba-NYa yang
minta dan terus meminta
dan disertakan dengan kesyukuran
kepada-NYA....
terhadap segala nikmat-NYA.
ayuhhhhhhh...
BalasPadamwahai ikhwah wa akhowat
sama2 lar kita bersyukur
:-)
alhamdulillah..=)
BalasPadam